Catatan

KARYA RASMI: SIRNA DERITA SEORANG MALAIKA

Imej
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم💞 2024, permulaan yang sangat baik buat diri saya yang masih berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Benar, saya sangat menggilai penulisan karya kreatif. Sejak kecil bercita-cita untuk menjadi penulis dan berdiri dengan karya-karya sendiri. Alhamdulillah karya sulung saya di tahun 2024 telah diterbitkan di dalam ruang Majalah Tunas Cipta (Dewan Bahasa & Pustaka). Cerpen Sirna Derita Seorang Malaika adalah penulisan cerpen yang dimuatkan dengan pelbagai garapan. Sebuah karya yang cuba memberi pendidikan & kesedaran kepada masyarakat tentang permasalahan wanita. Turut dikekalkan juga elemen-elemen kepercayaan manusia terhadap kekuasaan Allah. Sirna Derita Seorang Malaika adalah karya yang cuba merungkai diantara Sains & Kepercayaan masyarakat terhadap kehilangan bayi di dalam kandungan. Adakah ianya sekadar mitos semata-mata ? Gembiranya usah ditanya, pastinya saya sangat teruju! Ruang ini juga telah menjadi pemangkin semangat buat diri in

DEKORASI: BUKAN SEKADAR HOBI

Imej
Assalammualaikum, Sudah lama rasanya entri di blog ini tidak dikemaskini. Kesibukan semester baru membuatkan diri ini memilih untuk memberi fokus terhadap tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh para pensyarah terlebih dahulu. Dekorasi ? Bagi saya dekorasi bukanlah sekadar hobi. Saya akur, bukan semua orang meminati perkara-perkara sebegini. Saya menganggap dekorasi merupakan salah satu sumber atau hobi yang saya lakukan untuk merehatkan minda dengan melakukan gubahan di ruang belajar, bilik tidur dan rumah dengan penggayaan dekorasi yang serba indah. Bakat yang dikurniakan oleh Allah SWT seharusnya dimanfaatkan dengan sebaiknya sebagai tanda kita mensyukurinya. Mungkin melalui bakat itu dapat menjadi asbab sumber rezeki kita suatu hari nanti. InshaAllah.. Saya sukakan konsep begini. Nampak lebih tenang dan indah untuk ditatap...   Sudut menonton di ruang tamu. Saya sangat sukakan bunga!!

CAHAYA

Imej
  Sudut mencari ketenangan di ruangan kamar. Percayalah bahawa cahaya juga adalah salah satu sumber penarik. Saya juga beranggapan bahawa cahaya bukan sahaja berpotensi menerangi bahkan mampu menimbulkan suasana harmoni dan menyegarkan minda. Cahaya seolah-olah memberi kekuatan keapda saya. Malah saya lebih bersemangat untuk menjalani kehidupan seharian.

"SYURGA MAKANAN" - DUSUN STREET BALING

Imej
  Daerah Baling merupakan sebuah kawasan luar bandar yang terletak di negeri Kedah. Saban hari daerah Baling semakin mencapai kemajuan dengan terbinanya bangunan yang semakin pesat membangun. Terdapat juga premis-premis yang telah diwujudkan dengan konsep dan menyediakan kemudahan seperti di kota. Dusun Street merupakan nama komersial bagi pusat jualan makanan yang sudah beroperasi hampir beberapa bulan di daerah Baling. Di sini dusun adalah perkataan yang cukup terkenal dalam kalangan warga kampung. Nama tersebut bahkan mendapat sambutan. Perniagaan para peniaga Melayu juga semakin mencanak naik. Hari berganti hari gerai-gerai perniagaan juga semakin bertambah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kepada pemburu makanan atau "Food Hunter" , berkunjunglah ke daerah Baling yang terletak di negeri Kedah. Kalian pasti tidak akan kecewa setelah menikmati juadah-juadah yang disediakan disini.  Pisang goreng keju dan coklat merupakan antara senarai menu yang wajib dibeli ket

MASA: MOTIVASI HARI INI

Imej
  Masa itu seperti emas. Berharga. Perbaiki diri dan jadilah yang terbaik. Zahirkan rasa syukur kerana masih diberi masa untuk bernafas. Aplikasikannya dengan penuh rasa penghargaan. Semoga masa ini berhenti tepat pada masanya. Bukan ketika kita masih terkapai-kapai mencari segenap ruang dunia. Masa akan terus berputar tanpa menunggu. Persiapkanlah diri menanti giliran ke negeri abadi.

HOSPITAL: KEDIAMAN KEDUA

Imej
Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah. Sebut sahaja tentang hospital, pasti semua orang ada menyimpan cerita atau pengalaman tentangnya. Tidak hairan juga jika hospital seolah-olah sudah menjadi rumah kedua bagi mereka yang perlu berulang-alik ke hospital. Saya juga mempunyai pengalaman 'menghuni' di hospital ketika perlu menjaga adik pada tahun 2012 dan emak pada tahun 2018. Bermacam pengalaman yang saya perolehi ketika berada disana. Tidak kurang juga ilmu-ilmu perubatan yang dipelajari oleh doktor pelatih berkaitan rawatan susulan yang perlu dilakukan di rumah. Saya fikir adalah normal jika hati ini sentiasa dihimpit rasa takut dengan suasana di hospital. Bahkan saya akan rasa fobia atau trauma setiap kali melihat katil hospital yang serba putih. Tapi demi menjaga insan tersayang saya gagahi jua dan tepis rasa takut tersebut. Lobi Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah.  Pada usia 12 tahun saya mula mengumpul kekuatan untuk berumah di hospital selama beberapa minggu untuk menjaga a

OBSES ATAU MINAT ?

Imej
  Koleksi novel terbaru yang menjadi santapan mata dikala tersedianya waktu lapang. Sejujurnya saya adalah penggemar karya-karya seperti novel yang bergenre seram atau misteri. Ruang pembacaan saya sememangnya hanya dipenuhi dengan koleksi novel-novel bergenre seram berbanding novel-novel cinta. Saya akui saya juga peminat novel bergenre romantis dan cinta. Tetapi setelah sahaja tamat pengajian di peringkat menengah, minat itu kian lama kian memudar. Mungkin kerana mahukan kelainan dalam bidang pembacaan. Saya juga adalah seorang penggemar cerita-cerita atau filem-filem seram. Bahkan filem-filem atau novel seram akan menjadi sajian yang cukup menyelerakan sebelum saya melelapkan mata. Agak aneh. Itulah kata-kata yang dilontarkan oleh rakan-rakan tentang minat saya. Tetapi itulah minat atau obses saya terhadap genre-genre seram. Obses dan minat itu adalah keperluan dalam kehidupan sesorang. Perkara itu tidak akan menjadi masalah sekiranya kita masih tahu membezakan antara yang benar dan

HUJAN DAN SAYA

Imej
Sebelum petang melabuhkan tirainya, hujan turun membasahi bumi. Tumbuh-tumbuhan dan  bunga-bungaan yang sudah layu kembali mekar. Haiwan-haiwan peliharaan pula berpusu-pusu membawa diri pulang ke tempat perteduhan mereka. Sungguh bahagia tatkala melihatnya. Selepas hujan turun semuanya kelihatan segar. Ketika hujan sedang asyik memainkan iramanya, saya seperti terbuai mendengar kelunakannya. Mata dipejamkan. Saat itu saya hanya membayangkan perkara yang indah-indah. Ilham itu datangnya ketika mendengar percikan air hujan yang tanpa segan silunya menyentuh permukaan jalan di halaman rumah. Menikmati aura hujan adalah perkara yang paling bahagia. Perasaan sedih, marah, dan gundah gulana seolah-olah hilang begitu sahaja. Benarlah hujan itu mampu merawat minda dan jiwa. Hujan punya aura tersendiri yang tidak mampu saya ungkapkan dengan penulisan ini. Semoga hujan ini terus membawa kebahagian buat kita semua hendaknya.

PENYUNTIK SEMANGAT

Imej
Alhamdulillah dapat merasakan nikmat sementara yang dipinjamkan oleh Allah SWT. Apabila bergelar seorang pelajar, tiada perkara lain yang dapat saya zahirkan melainkan rasa gembira yang teramat dalam. Syukur yaAllah . Tanpa doa dan pengorbanan ibu bapa, saya bukanlah sesiapa. Buat warga pendidik, tanpa sokongan moral dan tunjuk ajar ini mungkin saya dan rakan-rakan tidak dapat mencapai kecemerlangan sebegini rupa.       Kecemerlangan seperti ini yang menjadi titik permulaan dalam kehidupan kami untuk terus melakar kejayaan. Semoga prestasi ini dapat dikekalkan sehingga kami berjaya menggenggam segulung ijazah kelak. Semuanya dengan izin Allah SWT. Aamin  yaAllah.

ENTITI: BENARKAH BUNIAN SUKAKAN BAYI MANUSIA?

Imej
  Apakah entiti? Entiti itu jika menurut kefahaman saya sendiri ialah  sesuatu yg mempunyai kewujudannya yang tersendiri. Dalam erti kata lain kewujudannya tidak dapat dilihat dengan hanya menggunakan mata kasar manusia. Insan-insan yang dapat melihat entiti seperti bunian ini sudah pasti istimewa. Bukan calang-calang manusia dapat melihat kewujudan makhluk yang berada di alam lain melalui 'hijab' yang terbuka. Sebagai orang Islam, kita perlu percaya dengan kewujudan 'bunian' kerana mereka juga makhluk ciptaan Allah SWT yang hanya berbeza alam dengan manusia. Sebenarnya, 'bunian' adalah bangsa jin yang juga cara kehidupan mereka sama sahaja seperti manusia bahkan bangsa jin Islam yang kita gelar sebagai 'bunian' lebih taat dengan perintah Allah SWT. Sesungguhnya saya sangat tertarik untuk mendengar segala cerita tentang entiti seperti 'bunian' ini. Ada ketikanya saya akan cuba mencari maklumat-maklumat lain tentang kewujudan mereka untuk mengukuh

ABDULRAZAK GURNAH: ANUGERAH HADIAH NOBEL

Imej
Abdulrazak Gurnah: Penerima Anugerah Hadiah Nobel 2021 Hadiah Nobel yang lebih dikenali sebagai Nobel Prize merupakan bentuk penganugerahan yang telah dizahirkan kepada individu yang telah banyak memberikan sumbangan terhadap bidang penyelidikan dan menghasilkan sesuatu yang dianggap sebagai ciptaan yang bernas. Hadiah Nobel kebiasaannya akan dianugerahkan pada setiap tahun berdasarkan kepada beberapa kategori. Tahun 2021 merupakan detik yang menyaksikan keunggulan Abdulrazak Gurnah yang telah dipilih sebagai penerima anugerah Hadiah Nobel bagi kategori sastera oleh Akademi Sweden. Abdulrazak Gurnah merupakan seorang penulis beragama Islam yang berasal daripada  Zanzibar yang juga merupakan wilayah separa autonomi di Tanzania, Afrika Timur. Profesor Emeritus dalam bidang Sastera Inggeris ini telah dilahirkan pada tanggal 20 Disember 1948. Ketika penerimaan anugerah Hadiah Nobel, Abdulrazak Gurnah telah diberikan penghormatan untuk menzahirkan ucapan dan suntikan motivasinya melalui se

BAHAYA KANSER PANGKAL RAHIM KEPADA KAUM WANITA

Imej
  Ilustrasi 1: Gambaran pangkal rahim wanita Kanser serviks atau barah pangkal rahim merupakan penyakit yang sering membelenggu kehidupan segelintir wanita. Penyakit seperti kanser adalah penyakit yang dikhuatiri oleh kaum wanita kerana pengakhirannya adalah membawa kepada maut. Peratusan untuk kekal sihat dan bebas daripada kanser juga adalah bergantung kepada tahap imunisasi badan dan kaedah rawatan susulan terhadap seseorang pesakit. Walaubagaimanapun, ramai juga pesakit-pesakit barah pangkal rahim yang telah berjaya keluar daripada kelompok ini dengan semangat dan azam yang kuat untuk terus sihat. Secara asasnya, kanser pangkal rahim merupakan kanser yang terbentuk di bahagian serviks wanita. Antara tanda- tanda awal atau biasa yang sering dihadapi oleh kaum wanita adalah seperti: ★ Pendarahan yang luar biasa setelah melakukan hubungan kelamin bersama pasangan ( postcoital bleeding ). ★Pendarahan yang berlaku semasa pertengahan kitaran haid. ★Bahagian alat sulit wanita mengeluarkan

KANTUNG RAHIM KOSONG TANPA PENGHUNI

Imej
  Kehilangan bayi dalam kandungan si ibu seringkali dikaitkan dengan perkara-perkara mistik seperti 'diculik' atau 'disorok' oleh orang bunian. Perkara aneh seperti ini bahkan boleh terjadi kepada ibu-ibu yang sarat mengandung dan sedang menunggu detik untuk melahirkan. Kehilangan cahaya mata dalam kandungan dengan drastik sudah tentu akan menimbulkan pelbagai persoalan yang memecahkan kesunyian di ruangan minda. Jika dilihat dari sudut agama, sudah pasti kejadian aneh ini mempunyai kaitan dengan makhluk-makhluk ghaib. Perkara ini bahkan telah sebati dengan kehidupan masyarakat dan sudah menjadi normalisasi dalam sesebuah kepercayaan.  Namun begitu, bidang perubatan mempunyai penyelesaiannya yang tersendiri berkaitan kehilangan bayi dalam kandungan ibu. Dalam bidang perubatan moden, simptom ini disifatkan sebagai blighted ovum. Kejadian sebegini terjadi apabila ujian ultrosound menunjukkan perkembangan kandungan yang tidak positif kerana berlakunya kerosakkan terhadap k

JANIN GHAIB DALAM KANDUNGAN

Imej
  Sumber: internet Kehilangan bayi dalam kandungan bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam masyarakat kita. Fenomena seperti ini bahkan telah menjadi kepercayaan dan topik hangat yang sering meniti di bibir masyarakat biarpun jarang sekali perkara sebegini berlaku. Kejadian seperti ini juga sering dikaitkan dengan misteri alam ghaib yang sememangnya tidak dapat kita nafikan kewujudannya. Mungkin juga masih ramai ibu-ibu di luar sana yang tidak pernah melalui perkara aneh seperti ini. Namun begitu, kehilangan bayi dalam kandungan bukanlah kes atau perkara yang masih segar berlaku malah pernah terjadi kepada segelintir wanita yang sedang hamil. Perkara aneh seperti ini juga kebiasaannya berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang kesakitan atau pendarahan. Walaubagaimanapun, sebagai seorang yang beragama Islam, wajarlah untuk kita mempercayai kewujudan alam ghaib bagi menjaga keimanan kita. Sumber YouTube: Misteri kehilangan janin dalam kandungan.

PROSES KEHAMILAN & PERKEMBANGAN JANIN (FETUS)

Imej
Kehamilan sememangnya merupakan fasa yang melahirkan bibit kegembiraan kepada setiap wanita yang bakal bergelar ibu. Penjagaan ketika kehamilan trimester pertama sangat penting untuk dipantau bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang risiko terhadap ibu dan bayi di dalam kandungan. Pemeriksaan untuk melihat perkembangan janin masih boleh dilakukan ketika usia kandungan antara 20 hingga 24 minggu. Melalui imbasan tersebut, ibu yang hamil dapat melihat pembentukan bayi di dalam kandungan dari segi kesempurnaan pertumbuhan otak, jantung, paru-paru, jantina dan sebagainya.   Proses perkembangan kehamilan dan pembentukan janin.

KENALI BIDANG PERBIDANAN DAN SAKIT PUAN (OBSTETRIK & GINEKOLOGI)

Imej
Bidang Perbidanan dan Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi) secara zahirnya memberikan tumpuan pengkhususan terhadap kaum wanita melalui dua bahagian iaitu kelahiran melalui pembedahan (Caesarean) dan bidang pembedahan ketumbuhan ovari.              1)Bidang Perbidanan (Obstetrik).  Bidang Perbidanan atau Obstetrik memfokuskan kepada kelahiran melalui pembedahan atau dalam istilah perubatannya  Caesarean. Bidang ini melibatkan kesihatan wanita yang hamil dengan memberi pendedahan kepada mereka tentang ciri-ciri kandungan yang sihat, mengenal pasti permasalahan yang bakal timbul semasa dalam tempoh kandungan dan bersalin, dan memberi tunjuk ajar tentang cara penjagaan kehamilan.              2)Bidang Sakit Puan (Ginekologi). Bidang ini pula memberi fokus terhadap penjagaan kesihatan wanita dari peringkat umur remaja sehingga mereka melalui fasa menopaus iaitu fasa berhentinya darah haid. Tidak dapat disangkal lagi, perhatian terhadap wanita melalui bidang ini meliputi semua aspek kesih

FIQH MEDIK:PERUBATAN KONVENSIONAL VS PERUBATAN ALTERNATIF

Imej
Assalamualaikum w.b.t, Kali ini saya terdetik untuk mengupas beberapa isu hangat yang melibatkan perubatan moden dan perubatan alternatif yang berlandaskan kesucian Islam. Ilmu perubatan ini sebenarnya merujuk kepada ilmu yang membicarakan mengenai tubuh badan manusia dari pelbagai sudut bermula dari sudut penjagaannya sehinggalah melalui kaedah rawatan. Saya fikir wajarlah jika sesetengah pihak mahu mempertikaikan perkara ini bagi menjaga kepentingan pelbagai aspek terutamanya jika melibatkan hukum-hakam perubatan. Namun begitu, suka untuk saya tegaskan bahawa setiap perkara yang kita perdebatkan itu seharusnya dikukuhkan lagi dengan sokongan hujah yang tepat dan bukti yang dapat menyakinkan. Tidak dapat dinafikan lagi pasti akan ada juga pihak yang terlalu obses untuk mempertikaikan kaedah perubatan moden yang digunakan di setiap hospital atau klinik. Tuntasnya perkara ini mencetuskan sesuatu yang tidak begitu enak untuk didengar dan tidak lumat untuk dihadam. Perubatan moden sememan

APA ITU BIDANG PERUBATAN ?

Imej
  Sumber: internet Salam pena, Bidang perubatan bukanlah sesuatu yang asing lagi dalam kehidupan kita sebagai manusia. Misalnya , sekiranya berhadapan dengan kesakitan kita pasti akan segera dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan susulan. Bidang perubatan tidak terhad kepada satu cabang perubatan sahaja tetapi mempunyai pelbagai sub-bidangnya yang tertentu seperti Fisiologi, Obstectrics & Gynaecology (Perbidanan dan sakit puan), Pergigian , Fisioterapi, pembedahan dan banyak lagi. Rawatan yang kita terima sudah pasti juga melalui kaedah yang dibenarkan dalam sains dan disalurkan melalui tenaga kerja seorang pakar perubatan yang bertauliah. Sajian video bidang perubatan yang dapat menambah ilmu berkaitan cabang sains perubatan yang masih relevan sehingga hari ini.

"Setiap Detik Masa dalam Kehidupan"

Imej
Caturan hidup ibarat roda. Susun langkah dan teruslah merentasi kehidupan. Nikmatinya sebelum tutup usia. Kerana ada suatu perkara yang sangat pasti, iaitu hirupan nafas manusia bukanlah sesuatu  yang mutlak tetapi hanya pinjaman semata. Tiba saatnya ia akan turut ghaib bersama  putaran masa. Sedarkah kalian, Kita semakin menghampiri penghujung dunia. Mungkin sempat, mungkin juga tidak. Tetapi ada yang lebih pasti, teruslah berdoa. "Hidup dan mati bukan kerja KITA".

Alam sebagai Terapi

Imej
  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم Alam adalah penyembuh. Mengapa saya berpendapat begitu ? Saya cintakan alam dan keindahan persekitaran yang menghijau. Apabila mata tertumpu pada sudut yang cantik, saya pasti tidak akan melepaskan peluang tersebut untuk mengambil gambar. Tiada sebab. Hanya sebagai kenangan berharga yang sempat saya rakam dan sebagai tanda betapa saya kagumi nikmat ini. MasyaAllah hebat sungguh ciptaan Allah S.W.T. Percaya atau tidak kita akan rasa nyaman, tenang dan kemudiannya tersenyum sendirian setelah menatap keindahan alam. Ya itulah terapi. Terapi kepada jiwa yang kosong dan kehilangan.  Saya sangat percaya bahawa alam sebagai terapi ini pasti ada terselit bermacam makna yang mungkin tidak dapat kita rungkaikan tanpa ilmu yang penuh di dada. Akhir kata, cintailah alam, jangan dikotorkannya dengan anasir pidana yang kelak membawa kita ke lembah merana. Syukurlah dengannya kita masih mampu menghirup udara segar, masih mampu merawat jiwa. Percayalah kesulitan