Alam sebagai Terapi

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alam adalah penyembuh. Mengapa saya berpendapat begitu ? Saya cintakan alam dan keindahan persekitaran yang menghijau. Apabila mata tertumpu pada sudut yang cantik, saya pasti tidak akan melepaskan peluang tersebut untuk mengambil gambar. Tiada sebab. Hanya sebagai kenangan berharga yang sempat saya rakam dan sebagai tanda betapa saya kagumi nikmat ini. MasyaAllah hebat sungguh ciptaan Allah S.W.T.

Percaya atau tidak kita akan rasa nyaman, tenang dan kemudiannya tersenyum sendirian setelah menatap keindahan alam. Ya itulah terapi. Terapi kepada jiwa yang kosong dan kehilangan. 


Saya sangat percaya bahawa alam sebagai terapi ini pasti ada terselit bermacam makna yang mungkin tidak dapat kita rungkaikan tanpa ilmu yang penuh di dada.

Akhir kata, cintailah alam, jangan dikotorkannya dengan anasir pidana yang kelak membawa kita ke lembah merana. Syukurlah dengannya kita masih mampu menghirup udara segar, masih mampu merawat jiwa. Percayalah kesulitan kita pasti lenyap apabila menatap sesuatu yang indah seperti alam.

Salam pena.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KARYA RASMI: SIRNA DERITA SEORANG MALAIKA

PENYUNTIK SEMANGAT

KANTUNG RAHIM KOSONG TANPA PENGHUNI