KANTUNG RAHIM KOSONG TANPA PENGHUNI

 Kehilangan bayi dalam kandungan si ibu seringkali dikaitkan dengan perkara-perkara mistik seperti 'diculik' atau 'disorok' oleh orang bunian. Perkara aneh seperti ini bahkan boleh terjadi kepada ibu-ibu yang sarat mengandung dan sedang menunggu detik untuk melahirkan. Kehilangan cahaya mata dalam kandungan dengan drastik sudah tentu akan menimbulkan pelbagai persoalan yang memecahkan kesunyian di ruangan minda.

Jika dilihat dari sudut agama, sudah pasti kejadian aneh ini mempunyai kaitan dengan makhluk-makhluk ghaib. Perkara ini bahkan telah sebati dengan kehidupan masyarakat dan sudah menjadi normalisasi dalam sesebuah kepercayaan. 

Namun begitu, bidang perubatan mempunyai penyelesaiannya yang tersendiri berkaitan kehilangan bayi dalam kandungan ibu. Dalam bidang perubatan moden, simptom ini disifatkan sebagai blighted ovum. Kejadian sebegini terjadi apabila ujian ultrosound menunjukkan perkembangan kandungan yang tidak positif kerana berlakunya kerosakkan terhadap kromosom dan genetik ketika pembentukan awal janin. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KARYA RASMI: SIRNA DERITA SEORANG MALAIKA

PENYUNTIK SEMANGAT