KARYA RASMI: SIRNA DERITA SEORANG MALAIKA Dapatkan pautan Facebook X Pinterest E-mel Apl Lain - Februari 14, 2024 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم💞2024, permulaan yang sangat baik buat diri saya yang masih berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Benar, saya sangat menggilai penulisan karya kreatif. Sejak kecil bercita-cita untuk menjadi penulis dan berdiri dengan karya-karya sendiri. Alhamdulillah karya sulung saya di tahun 2024 telah diterbitkan di dalam ruang Majalah Tunas Cipta (Dewan Bahasa & Pustaka). Cerpen Sirna Derita Seorang Malaika adalah penulisan cerpen yang dimuatkan dengan pelbagai garapan. Sebuah karya yang cuba memberi pendidikan & kesedaran kepada masyarakat tentang permasalahan wanita. Turut dikekalkan juga elemen-elemen kepercayaan manusia terhadap kekuasaan Allah. Sirna Derita Seorang Malaika adalah karya yang cuba merungkai diantara Sains & Kepercayaan masyarakat terhadap kehilangan bayi di dalam kandungan. Adakah ianya sekadar mitos semata-mata ?Gembiranya usah ditanya, pastinya saya sangat teruju! Ruang ini juga telah menjadi pemangkin semangat buat diri ini untuk terus berkarya & memartabatkan sastera Melayu. Terima kasih Allah atas kudrat dan percikan idea yang Kau berikan kepada hambamu. Semoga di masa akan datang, karya-karya saya akan dapat diperluaskan dalam pelbagai genre, informasi ,pengisian edukasi dan dimuatkan dalam pelbagai bentuk penulisan seperti cerpen, novel ,antologi & artikel. Sekian dulu daripada saya. Doakan lebih banyak karya saya terhasil. Semoga idea saya sentiasa mencurah-curah untuk melahirkan karya-karya pelbagai genre yang membina dan berkualiti ❤Salam sayang,SyakilaBegum_ Dapatkan pautan Facebook X Pinterest E-mel Apl Lain Ulasan
PENYUNTIK SEMANGAT - Januari 11, 2022 Alhamdulillah dapat merasakan nikmat sementara yang dipinjamkan oleh Allah SWT. Apabila bergelar seorang pelajar, tiada perkara lain yang dapat saya zahirkan melainkan rasa gembira yang teramat dalam. Syukur yaAllah . Tanpa doa dan pengorbanan ibu bapa, saya bukanlah sesiapa. Buat warga pendidik, tanpa sokongan moral dan tunjuk ajar ini mungkin saya dan rakan-rakan tidak dapat mencapai kecemerlangan sebegini rupa. Kecemerlangan seperti ini yang menjadi titik permulaan dalam kehidupan kami untuk terus melakar kejayaan. Semoga prestasi ini dapat dikekalkan sehingga kami berjaya menggenggam segulung ijazah kelak. Semuanya dengan izin Allah SWT. Aamin yaAllah. Baca lagi
KANTUNG RAHIM KOSONG TANPA PENGHUNI - November 19, 2021 Kehilangan bayi dalam kandungan si ibu seringkali dikaitkan dengan perkara-perkara mistik seperti 'diculik' atau 'disorok' oleh orang bunian. Perkara aneh seperti ini bahkan boleh terjadi kepada ibu-ibu yang sarat mengandung dan sedang menunggu detik untuk melahirkan. Kehilangan cahaya mata dalam kandungan dengan drastik sudah tentu akan menimbulkan pelbagai persoalan yang memecahkan kesunyian di ruangan minda. Jika dilihat dari sudut agama, sudah pasti kejadian aneh ini mempunyai kaitan dengan makhluk-makhluk ghaib. Perkara ini bahkan telah sebati dengan kehidupan masyarakat dan sudah menjadi normalisasi dalam sesebuah kepercayaan. Namun begitu, bidang perubatan mempunyai penyelesaiannya yang tersendiri berkaitan kehilangan bayi dalam kandungan ibu. Dalam bidang perubatan moden, simptom ini disifatkan sebagai blighted ovum. Kejadian sebegini terjadi apabila ujian ultrosound menunjukkan perkembangan kandungan yang tidak positif kerana berlakunya kerosakkan terhadap k Baca lagi
Ulasan
Catat Ulasan