"SYURGA MAKANAN" - DUSUN STREET BALING
Daerah Baling merupakan sebuah kawasan luar bandar yang terletak di negeri Kedah. Saban hari daerah Baling semakin mencapai kemajuan dengan terbinanya bangunan yang semakin pesat membangun. Terdapat juga premis-premis yang telah diwujudkan dengan konsep dan menyediakan kemudahan seperti di kota. Dusun Street merupakan nama komersial bagi pusat jualan makanan yang sudah beroperasi hampir beberapa bulan di daerah Baling. Di sini dusun adalah perkataan yang cukup terkenal dalam kalangan warga kampung. Nama tersebut bahkan mendapat sambutan. Perniagaan para peniaga Melayu juga semakin mencanak naik. Hari berganti hari gerai-gerai perniagaan juga semakin bertambah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kepada pemburu makanan atau "Food Hunter", berkunjunglah ke daerah Baling yang terletak di negeri Kedah. Kalian pasti tidak akan kecewa setelah menikmati juadah-juadah yang disediakan disini.
Pisang goreng keju dan coklat merupakan antara senarai menu yang wajib dibeli ketika berkunjung ke Dusun Street. Kerangupan pisang tersebut sangat enak dinikmati ketika masih panas. Ditambah pula dengan kisaran keju dan coklat yang melimpah. Sungguh enak dinikmati ketika hujan !
Ulasan
Catat Ulasan