FIQH MEDIK:PERUBATAN KONVENSIONAL VS PERUBATAN ALTERNATIF
Assalamualaikum w.b.t,
Kali ini saya terdetik untuk mengupas beberapa isu hangat yang melibatkan perubatan moden dan perubatan alternatif yang berlandaskan kesucian Islam. Ilmu perubatan ini sebenarnya merujuk kepada ilmu yang membicarakan mengenai tubuh badan manusia dari pelbagai sudut bermula dari sudut penjagaannya sehinggalah melalui kaedah rawatan. Saya fikir wajarlah jika sesetengah pihak mahu mempertikaikan perkara ini bagi menjaga kepentingan pelbagai aspek terutamanya jika melibatkan hukum-hakam perubatan. Namun begitu, suka untuk saya tegaskan bahawa setiap perkara yang kita perdebatkan itu seharusnya dikukuhkan lagi dengan sokongan hujah yang tepat dan bukti yang dapat menyakinkan.
Tidak dapat dinafikan lagi pasti akan ada juga pihak yang terlalu obses untuk mempertikaikan kaedah perubatan moden yang digunakan di setiap hospital atau klinik. Tuntasnya perkara ini mencetuskan sesuatu yang tidak begitu enak untuk didengar dan tidak lumat untuk dihadam. Perubatan moden sememangnya masih dalam konsep rawatan Islam. Mengapa saya berkata begitu? Kerana setiap aspek perubatan moden juga bertunjangkan kepada dalil dan hujah daripada al-Quran, hadis serta koleksi fatwa daripada para ulama. Jadi tidak seharusnya spekulasi berkaitan bidang perubatan yang tidak berlandaskan perkara tersebut semakin membengkak dan akhirnya menjatuhkan reputasi bidang perubatan itu sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan