BAHAYA KANSER PANGKAL RAHIM KEPADA KAUM WANITA

 

Ilustrasi 1: Gambaran pangkal rahim wanita

Kanser serviks atau barah pangkal rahim merupakan penyakit yang sering membelenggu kehidupan segelintir wanita. Penyakit seperti kanser adalah penyakit yang dikhuatiri oleh kaum wanita kerana pengakhirannya adalah membawa kepada maut. Peratusan untuk kekal sihat dan bebas daripada kanser juga adalah bergantung kepada tahap imunisasi badan dan kaedah rawatan susulan terhadap seseorang pesakit. Walaubagaimanapun, ramai juga pesakit-pesakit barah pangkal rahim yang telah berjaya keluar daripada kelompok ini dengan semangat dan azam yang kuat untuk terus sihat. Secara asasnya, kanser pangkal rahim merupakan kanser yang terbentuk di bahagian serviks wanita. Antara tanda- tanda awal atau biasa yang sering dihadapi oleh kaum wanita adalah seperti:

★ Pendarahan yang luar biasa setelah melakukan hubungan kelamin bersama pasangan ( postcoital bleeding).

★Pendarahan yang berlaku semasa pertengahan kitaran haid.

★Bahagian alat sulit wanita mengeluarkan lendiran bercampur darah.

★Hilang selera makan.

★Berat badan menurun secara mendadak.

Ilustrasi 2: Kanser pangkal rahim wanita yang sudah mula merebak.





Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KARYA RASMI: SIRNA DERITA SEORANG MALAIKA

PENYUNTIK SEMANGAT

KANTUNG RAHIM KOSONG TANPA PENGHUNI