OBSES ATAU MINAT ?

 

Koleksi novel terbaru yang menjadi santapan mata dikala tersedianya waktu lapang.

Sejujurnya saya adalah penggemar karya-karya seperti novel yang bergenre seram atau misteri. Ruang pembacaan saya sememangnya hanya dipenuhi dengan koleksi novel-novel bergenre seram berbanding novel-novel cinta. Saya akui saya juga peminat novel bergenre romantis dan cinta. Tetapi setelah sahaja tamat pengajian di peringkat menengah, minat itu kian lama kian memudar. Mungkin kerana mahukan kelainan dalam bidang pembacaan. Saya juga adalah seorang penggemar cerita-cerita atau filem-filem seram. Bahkan filem-filem atau novel seram akan menjadi sajian yang cukup menyelerakan sebelum saya melelapkan mata. Agak aneh. Itulah kata-kata yang dilontarkan oleh rakan-rakan tentang minat saya. Tetapi itulah minat atau obses saya terhadap genre-genre seram. Obses dan minat itu adalah keperluan dalam kehidupan sesorang. Perkara itu tidak akan menjadi masalah sekiranya kita masih tahu membezakan antara yang benar dan salah. Bagi saya minat ini bukanlah sesuatu yang memudaratkan, bahkan membantu saya untuk terus berkarya, membina kosa kata yang baik dan menjadi sumber inspirasi untuk menghasilkan cerpen.


Novel Bunian karya Anuar Darwisy adalah salah sebuah novel kegemaran saya setelah pertama kali membacanya. Saya sudah jatuh cinta dengan karya 'bunian' beliau kerana mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Pertama kali membaca karya ini, saya seolah-olah telah dibawa ke demensi lain yang telah dicipta oleh penulis novel. Cerita yang sarat dengan unsur-unsur fantasi dan dua dunia ini seolah-seolah telah memberi nafas baharu dalam sesebuah karya. Walaupun berlatarkan zaman klasik tetapi perjalanan ceritanya masih mampu membuatkan pembacanya 'jatuh cinta'. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KARYA RASMI: SIRNA DERITA SEORANG MALAIKA

PENYUNTIK SEMANGAT

KANTUNG RAHIM KOSONG TANPA PENGHUNI