HOSPITAL: KEDIAMAN KEDUA

Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah.

Sebut sahaja tentang hospital, pasti semua orang ada menyimpan cerita atau pengalaman tentangnya. Tidak hairan juga jika hospital seolah-olah sudah menjadi rumah kedua bagi mereka yang perlu berulang-alik ke hospital. Saya juga mempunyai pengalaman 'menghuni' di hospital ketika perlu menjaga adik pada tahun 2012 dan emak pada tahun 2018. Bermacam pengalaman yang saya perolehi ketika berada disana. Tidak kurang juga ilmu-ilmu perubatan yang dipelajari oleh doktor pelatih berkaitan rawatan susulan yang perlu dilakukan di rumah. Saya fikir adalah normal jika hati ini sentiasa dihimpit rasa takut dengan suasana di hospital. Bahkan saya akan rasa fobia atau trauma setiap kali melihat katil hospital yang serba putih. Tapi demi menjaga insan tersayang saya gagahi jua dan tepis rasa takut tersebut.

Lobi Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah.


 Pada usia 12 tahun saya mula mengumpul kekuatan untuk berumah di hospital selama beberapa minggu untuk menjaga adik bongsu yang menghidap Appendix (sejenis ketumbuhan di dalam perut). Akhirnya saya sudah mula terbiasa dengan suasana di hospital dan sehingga kini saya tidak mempunyai masalah jika terpaksa berumah lagi di hospital. Bagi saya stigma tentang 'hospital yang menyeramkan' itu adalah perkara yang akan timbul apabila kita sentiasa diselubungi ketakutan yang teramat dalam. Walaubagaimanapun,perkara tersebut akan sentiasa menjadi kenangan yang manis dan penyuntik idea untuk menghasilkan cerpen yang berkualiti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KARYA RASMI: SIRNA DERITA SEORANG MALAIKA

PENYUNTIK SEMANGAT

KANTUNG RAHIM KOSONG TANPA PENGHUNI