KENALI BIDANG PERBIDANAN DAN SAKIT PUAN (OBSTETRIK & GINEKOLOGI)
Bidang Perbidanan dan Sakit Puan (Obstetrik dan Ginekologi) secara zahirnya memberikan tumpuan pengkhususan terhadap kaum wanita melalui dua bahagian iaitu kelahiran melalui pembedahan (Caesarean) dan bidang pembedahan ketumbuhan ovari.
1)Bidang Perbidanan (Obstetrik).
Bidang Perbidanan atau Obstetrik memfokuskan kepada kelahiran melalui pembedahan atau dalam istilah perubatannya Caesarean. Bidang ini melibatkan kesihatan wanita yang hamil dengan memberi pendedahan kepada mereka tentang ciri-ciri kandungan yang sihat, mengenal pasti permasalahan yang bakal timbul semasa dalam tempoh kandungan dan bersalin, dan memberi tunjuk ajar tentang cara penjagaan kehamilan.
2)Bidang Sakit Puan (Ginekologi).
Bidang ini pula memberi fokus terhadap penjagaan kesihatan wanita dari peringkat umur remaja sehingga mereka melalui fasa menopaus iaitu fasa berhentinya darah haid. Tidak dapat disangkal lagi, perhatian terhadap wanita melalui bidang ini meliputi semua aspek kesihatan khususnya melibatkan sistem fungsi organ reproduktif bagi membolehkan mereka sentiasa mencapai potensi dalam aspek kesihatan fizikal, mental ,sosial dan seksual.
Ulasan
Catat Ulasan