HUJAN DAN SAYA


Sebelum petang melabuhkan tirainya, hujan turun membasahi bumi. Tumbuh-tumbuhan dan  bunga-bungaan yang sudah layu kembali mekar. Haiwan-haiwan peliharaan pula berpusu-pusu membawa diri pulang ke tempat perteduhan mereka. Sungguh bahagia tatkala melihatnya. Selepas hujan turun semuanya kelihatan segar. Ketika hujan sedang asyik memainkan iramanya, saya seperti terbuai mendengar kelunakannya. Mata dipejamkan. Saat itu saya hanya membayangkan perkara yang indah-indah. Ilham itu datangnya ketika mendengar percikan air hujan yang tanpa segan silunya menyentuh permukaan jalan di halaman rumah. Menikmati aura hujan adalah perkara yang paling bahagia. Perasaan sedih, marah, dan gundah gulana seolah-olah hilang begitu sahaja. Benarlah hujan itu mampu merawat minda dan jiwa. Hujan punya aura tersendiri yang tidak mampu saya ungkapkan dengan penulisan ini. Semoga hujan ini terus membawa kebahagian buat kita semua hendaknya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KARYA RASMI: SIRNA DERITA SEORANG MALAIKA

PENYUNTIK SEMANGAT

KANTUNG RAHIM KOSONG TANPA PENGHUNI