بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم (Tinta saya)
Assalamualaikum buat warga blogger dan rakan-rakan yang sudi membaca, semoga kalian sentiasa dalam lindungannya. Pertama kali rasanya saya mula menulis di ruangan yang cukup membuatkan saya rasa begitu teruja. Saya akui seharusnya ruangan seperti ini sudah saya manfaatkan sejak meminati dunia penulisan. Itulah kerugian terbesar saya.Tapi syukurlah, masih ada peluang buat saya.
Serba sedikit mengenai diri saya. Saya merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik. Alhamdulillah saya dikurniakan kedua ibu bapa yang sangat menitiberatkan soal kehidupan sosial saya sebagai anak gadis. Saya mungkin lebih dikenali sebagai seorang yang berperwatakan ceria, suka ketawa, mudah terhibur dan gemar mendengar luahan hati orang lain. Mengapa suka mendengar isi hati orang lain sedangkan kita juga sentiasa berhadapan dengan konflik kehidupan ? Tiada sebab. Kita manusia yang seharusnya memiliki naluri tersebut supaya kita lebih mengenal diri sendiri. Bosan? Juga tidak pernah saya rasakan kerana saya sukakanya.
Saya mula meminati bidang penulisan sejak di bangku sekolah. Mula menulis sejak berusia 17 tahun. Apa yang saya tulis ? Saya tidak terlalu sukakan kisah yang terlalu meleret. Saya suka memerhati tindakan manusia terhadap komuniti dan masyarakat. Kemudian tercetuslah idea untuk menghasilkan cerpen. Saya akan berikan hasil penulisan kepada guru-guru saya untuk dinilai. Mereka sentiasa memberi semangat untuk saya kembangkan bakat dan memperbaiki teknik penulisan. Sejujurnya saya malu jika karya saya dihantar atau dibaca oleh golongan professional. Cukuplah sekadar saya simpan dan jadikannya sebagai penyuntik semangat.
Telah menghasilkan beberapa cerpen. Namun, seperti tadi saya masih menyimpannya kerana masih belum mempunyai kekuatan dan kenyakinan untuk pergi terlalu jauh.
Nekad dan belajar ! Ya nekad saya adalah untuk menghasilkan karya-karya yang dapat memberi impak kepada insan-insan yang cintakan ilmu penulisan seperti saya. Penulis. Doakan saya menjadi seorang penulis yang berkualiti suatu hari nanti dan semoga cita-cita ini tidak akan ghaib begitu sahaja bersama cepatnya putaran masa.
InshaAllah.
Ulasan
Catat Ulasan