Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم (Tinta saya)

Imej
 Assalamualaikum buat warga blogger dan rakan-rakan yang sudi membaca, semoga kalian sentiasa dalam lindungannya. Pertama kali rasanya saya mula menulis di ruangan yang cukup membuatkan saya rasa begitu teruja. Saya akui seharusnya ruangan seperti ini sudah saya manfaatkan sejak meminati dunia penulisan. Itulah kerugian terbesar saya.Tapi syukurlah, masih ada peluang buat saya.  Serba sedikit mengenai diri saya. Saya merupakan anak pertama daripada dua orang adik beradik. Alhamdulillah saya dikurniakan kedua ibu bapa yang sangat menitiberatkan soal kehidupan sosial saya sebagai anak gadis. Saya mungkin lebih dikenali sebagai seorang yang berperwatakan ceria, suka ketawa, mudah terhibur dan gemar mendengar luahan hati orang lain. Mengapa suka mendengar isi hati orang lain sedangkan kita juga sentiasa berhadapan dengan konflik kehidupan ? Tiada sebab. Kita manusia yang seharusnya memiliki naluri tersebut supaya kita lebih mengenal diri sendiri. Bosan? Juga tidak pernah saya rasakan keran